Pages

Sunday, 30 September 2012

samun

Scribbled by fmz on 9/30/2012 09:00:00 am 0 comments
tg malim is not as safe as before.
baru2 ni ada kes samun.
dengarnya...

melibatkan sorg student upsi (female).
dia naik moto sorg2.. lebey kurang pkul 8 mlm..
kat jalan short cut from jalan besar depan umah aku nak ke proton city.
mmg jalan tu yg husband aku slalu guna nak pi keje.
kalau awal pagi dgn petang2 mmg agak sibuk sbb org2 proton/upsi dok pegi balik keje/belajar.
kalau time lain...
mmg sangaaaaaaaaaaatttttttttt sunyi.
kalau malam2, even dgn husband aku pun, i will follow my instinct.
kalau terdetik hati aku kata NO, aku akan ajak husband pusing ikut jalan jauh.
biar jauh, biar lambat, biar pakai lebih minyak...asal selamat kan?

budak ni survived, so, dia cerita balik kat polis apa yg jadi..
dia kata, masa lalu jln tu.
ada org tahan dia..
wallahua'lam la org tu naik keta ke, moto ke...
melayu ke, india ke... indon ke...
tak dpt cerita yg detail..

tapi penyamun tu sgt kejam.
kalau sebelum ni kita dgr kes ragut...ragut dan lari.
atau pun kes ugut sebelum samun.
tapi kali ni mmg takde hati perut.
penyamun tu dtg.. terus tikam dia berkali2 (kat perut kot).
samun... pastu blah.

ek eleh. ape motif la ko nak tikam.
agak2 la kan.
kalau ko pegang pistol mainan pun dh komfem budak tu bagi beg dia.
tak melawan.
sampai nak kena tikam tu apsal.
lain la kalau budak tu melawan... pastu ko nak senangkan cite, ko tikam.
Bod*h!

yg lagi sadis... budak tu cakap..
dlm dompet dia ada dlm RM20 je.

ceh. sanggup tikam2 bagai utk 20hengget.
setakat lepas duit makan sehari.
tak berbaloi langsung.

nasib baik budak tu tak arwah.
kalau tak..
.
.
.
.
.
ntah la.
kalau dh kejam tu kejam jugak.


moral of the story..
jgn ambil mudah. sentiasa berhati2.
reminder to self also.

lagi satu...
bykkan berdoa pd Allah..
kan para malaikat-Nya ialah sebaik2 bodyguard.



Ya Allah.
Jauhkanlah kami dari penganiyaan...dari malapetaka.. dan bahaya.
amin.


Saturday, 29 September 2012

tragedy....almost...maybe..(part2)

Scribbled by fmz on 9/29/2012 10:00:00 pm 0 comments
ok.
otak sudah boleh berfungsi dgn waras.
mari sambung cerita.

....
akhirnya parents aku pun sampai. alya mmg melompat x hengat. seronok gile. tapi bila suruh salam, malu2, terus menyorok belakang lemak2 paha aku. sabor je le anak aku ni.

kemusykilan aku&husband masih belum terjawab.. apsal la diorg dtg malam2 ni. pehtu bila sampai, gile2 la parking kasi cantik depan umah aku. 2 3 kali gak la ejas, kasi cun straight gitu dgn pagar umah aku.

aik..
lagi la aku musykil.
sempat aku bisik ngan husband..
"diorg nak tido sini ke?"

*kebingungan*

last2, parents aku pun cite...
pasal tragedi..
di Kota Malim Prima (kwsn perumaham parents aku...)

jengjengjeng.

*seramsejuk*

cerita nya...

ahad lepas, rumah kwn parents aku kat area situ (selang satu lorong dr umah parents aku) kena rompak. masa tu ada 4 org kat umah dia (all adults). masing2 kena ikat. the perompaks (3 org) ugut... mintak diorang kasi sume brg berharga.. kalau tak dia nak tikam. mmg perompaks tu pegang pisau. pergghhhhhhh trauma seh kalau aku jd diorang.

parents aku x sempat dapat laporan penuh la, apa yg hilang blablabla sbb nak kasi family tu cool down and settle their things first. tp dengar2 cite laptops, phone, brg kemas... mmg komfem la kena. aku kenal auntie tu, mmg diorang ni org kaya. business-minded. husband dia buat bisnes buat2 rumah/bgnn etc. contractor org panggil, kan? pastu diorang ada gak buat bisnes homestay. dan mcm2 bisnes lagi.

adoyai, kesian betul...

and then.. tghari semalam..kecoh lagi area kota malim prima tu... bila gate umah member ayah aku (deret blkg umah parents aku) kena pecah. tapi rumah xde kena rompak pun. bila check, rupanya pagar dia dh kena tebuk. diorg suspek, perompak tu buat preparation awal utk masuk umah tu dlm masa terdekat.

cuak seh.mmg dh dekat sgt ngan umah parents aku tu.

petang tu pulak, ayah aku tgh berkebun kat luar... dia nampak satu moto lalu, 2 org india yg naik. dok pusing2 slow mo je kat area tu. ayah aku suspicious la. pastu dia nampak moto tu pegi kat sorg budak yg tgh dok main kat depan umah dia (selang sebuah umah dr umah parents aku). ape ntah dia tanye,pastu blah. ayah aku perasan pembonceng dia, india ada jambang. slack je dia pandang ayah aku.

lepas tu trus ayah aku pegi kat budak tu, tanya dia, apa mamat india tu tanya dia. budak tu kata, diorg tanya dia, umah sebelah tu (rumah antara umah parents aku ngan umah budak tu) ada org tak? budak2... komfem la jujur kan... dia jwb takde org. mmg umah tu slalu xde org. tuan umah tu org kl. kira umah persinggahan die je la.

ayah aku makin la cuak. dh la pagar umah blkg tadi kena tebuk. nampak mcm dia nk masuk umah blkg... melalui umah yg xde org tu. or something like that. ape2 pun, mmg sgt menakutkan..

ayah aku pun... ape lagi... spread the words kat jiran2... pastu trus g buat laporan polis.

malam tu... masing2 kat area tu x senang duduk. jiran2 deret belakang umah parents aku sume dh siap2 nak blah. balik kampung. yg mana takde option tu/berani sikit... stay in, tapi lampu sume pasang.kalah hari raya. polis pun ada ronda2.

parents aku... x sedap hati.... takut... so, tu yg depa decide utk tido umah kami...

gitu le alkesahnya...

mlm td aku pun sama xleh tido. dok pikir, kesian parents aku... dah x rasa selamat kat umah sendiri. apa boleh buat... doa je la.
.
.
.
.
.
.
lepas subuh td diorg trus balik utk check umah. alhamdulillah umah selamat. takde apa2 kes kat area tu mlm td.

persoalan aku...
malam ni?
malam esok?
malam lusa?


we dont know whether it will happen or not. we dont know when. but what we are sure about is... those perompaks are really2 cruel and can do anything. bunuh org mcm bunuh nyamuk je.


... which reminds me of another kes samun kat tg malim.
next time la aku cite.

Friday, 28 September 2012

tragedy....almost...maybe..

Scribbled by fmz on 9/28/2012 02:30:00 pm 0 comments
smalam pkul 1030mlm, kitorang laki bini tgh slow talk ngan alya..
agenda penting sebelum dia tidur..teehee...
tuptup, ayah aku call... kata nk dtg umah.
dlm hati, ape kejaddah la ayah aku nk dtg umah malam2 ni.
knowing my mom, slalunya pkul 9lebih dah in lala-land dah.
*blur*

alya pun apa lg..
terus melompat turun dr katil..
"atuk nak datang... yeay yeay..."
konon segar bugar, padahal mata nampak sgt sembab sbb ngantuk gile.
eleh, takyah nk berlakon la ngan ibu nak oi.

tunggu punya tunggu..
stgh jam berlalu.
btg idung pun tak muncul...
alya plak, dh mcm cacing kepanasan.
pantang bunyi keta kat luar..
"atuk dah sampai!!!"
beberapa kali jugak kami tertipu.

tunggu lagi.

merengek sudah anak dara aku.
"nak jumpa atuk..nak jumpa atuk..."
dlm hati aku pikir, tu la ko farr...
konon sibuk gile la konon..
sampai dh berminggu tak sempat nk jenguk ayah sendiri.
kan dh anak ko rindu rinduan ngan atuk dia..

kami dh hampir surrender menunggu.
mane tak nya..
tiga2 beranak sume dh ngantuk gile.
aku lg la..
this week mmg routine tido awal bgn awal.
buat keje umah..

ngantuk2...

xde pekdah entry aku kali ni.
xpela,nnti bila mood membebel aku dh hilang, aku sambung cerita ye..
kurang meleret. straight to the point.
as for now.
.
..
...
....
.....
...................................
biar aku layan sew*l sendiri.


p/s: syndrome x cukup tidoq




teaser..

Scribbled by fmz on 9/28/2012 08:30:00 am 0 comments
model carlo rino

Thursday, 27 September 2012

penat

Scribbled by fmz on 9/27/2012 10:30:00 pm 0 comments
hari tu dpt gaji..
hari ni penat.

kad atm aku penat..
2kali draw duit.
amekaw.

kaki aku penat..
tekan clutch..
pusing sana sini..
pegi 4 bank.
menabur duit kat pasar.
groceries shopping.

jari aku penat..
tekan nombor kat ATM/CDM.
(cash deposit machine ye..bukan cdm yg slalu digembar-gemburkan tu)
pegang beg plastik berbondong2.
tolak campur mau dekat 10kg aku usung.

xpe la.
janji hati tak penat.
*senyum*
kan sedekah tu...


p/s: tercari2 port best utk melabur.. tapi teramat la malas nak survey. rasanya kalau tetiba agen mana2 ketuk pintu umah aku ni, terus aku sign-up je. huahuahua!

motherhood.. sekadar perkongsian..

Scribbled by fmz on 9/27/2012 03:30:00 pm 2 comments
as-salam.

aku percaya setiap ibubapa dah pernah terbaca/terdengar pasal peringkat2 mendidik anak.. cara Rasulullah dan juga cara Saidina Ali. cara ini jugalah yg disarankan oleh pakar2 motivasi keluarga kat Malaysia ni.

kalau tak pernah... sila google ye. ;p

secara ringkas nya..

untuk anak 0-6tahun, perlulah dididik dgn kelembutan, diberi kemanjaan dan belaian kasih syg. untuk 7 tahun seterusnya barulah diterap dgn disiplin, dan dibolehkan memukul anak (dgn cara & di tempat tertentu) untuk mengajar mereka. 7 tahun berikutnya, ibubapa perlu menjadi sahabat kpd anak2 mereka.

alya dh hampir mencecah 3 y.o.... still in the first phase.

aku tau aku tak patut pukul/cubit/marah dia.. tapi kdg2 kesabaran hilang dgn kerenah 'terrible-two' dia. sometimes, terasa mcm dia saje je nk cari pasal... saje je nak timbulkan kemarahan kita. walaupun sebenarnya, dia hanya inginkan perhatian. dah la seharian kat taska... sebelah malam pun tak dapat belaian ibu dia... pity her.

prof muhaya pernah berkata, jika kita mahu berubah, cuba untuk buat perkara tu sekurang2 nya selama 21 hari. insya-Allah akan jadi habit... akan istiqamah.

tapi masya-Allah, susah sgt nak halang diri dr tercubit, terpukul alya.. especially bila dia berlari2 non-stop sekeliling rumah.. semata2 tak mau pakai pampers. pastu mengamuk sesuka hati kat kedai2 sebab nak jajan.  menangis mcm kena dera bila diajak masuk rumah lepas main kat playground. etc..

one day, mungkin satu hidayah dari Allah...

aku terdetik untuk berniat (seakan nazar)... setiap kali aku pukul/sakiti alya physically, aku akan sedekah pd masjid RM5. bukanlah berkira utk sedekah ke ape... tapi dh fitrah kita... amat syg pada harta. so, kalau harta itu dijadikan hukuman/denda setiap kali kita buat sesuatu, mesti kita berfikir 2 3.. even berpuluh kali sebelum buat sesuatu kan?

it works...

mula2 ada terbabas sikit... tapi lama kelamaan dh biasa... marah mcm mana pun, alhamdulillah, i manage to walk away/patiently deal with her tantrum (will share the tips later insya-Allah)... and most importantly NOT physically hurt her. alya pun dh boleh behave sikit...

please please please.. kalau ada readers blog sy (ade ke reader?) yg ada masalah yg sama mcm saya dulu... no harm trying this.. insya-Allah u'll feel more connected with ur children.

fyi, eventhough mendisiplinkan anak disarankan utk 2nd phase (frm 7-14 y.o.), tapi bg aku, kanak2 sekarang dh makin bijak. they say because of the formula milk ingredients yg ada DHA la... gangliosides la... so, sel otak berhubung. teehee. so, after their tantrums... masa tgh lepak2.. anak2 tgh good mood... boleh la slow talk...teach them some discipline..some simple logic... e.g. "alya.. lepas mandi kena pakai pampers tau... nanti semut gigit *toot* (whatever name u give to it :))" or "alya kalau good girl.. tak nangis.. ibu sayang.. ayah sayang... dan sewaktu dgnnya.

one day u'll be amazed... instead of tantrum, diorg akan ulang ayat kita sendiri.. e.g. kdg2 after mandi alya akan kata "ibu, alya nak pakai pampers..nnti semut gigit *toot*.

time tu pegi tengok cermin..lebar mana korang senyum..

p/s : just sharing..
p/s : bukan bermaksud kalau dh berjaya tak pukul anak.. terus stop sedekah kat masjid ye... ;p

Wednesday, 26 September 2012

dilema isteri..

Scribbled by fmz on 9/26/2012 02:30:00 pm 2 comments
salam.

disclaimer : tiada kaitan dgn yang hidup atau yang mati. sekadar bercerita secara general..

hari ni aku terpanggil untuk menulis tentang satu topik yg bagi aku... sesuai dikategorikan dlm topik dilema isteri... iaitu menegur suami.

menegur suami.. dalam erti kata... mahukan perubahan daripada suami, tentulah untuk jadi suami yang lebih baik.. sama ada dari segi agama mahupun hal rumahtangga.

otw ke UM, aku slalu dgr ceramah Prof Muhaya yg aku download from galeri audio IKIM. dlm ceramah2 ni, selalu sgt ada isteri2 yg call untuk mintak pendapat/solution dalam dilema mereka, iaitu suami susah nak terima teguran. ada yg asyik menolak bila diajak solat berjemaah. ada isteri yg mengadu.. dia shj yg sibuk mencari ilmu untuk better parenting, sedangkan suami.. endah tak endah. terasa mcm no support dan effort hanya di sebelah pihak.

isteri2 sekalian..pernah rasa yang sama??? ;p

well, aku ni bukan la nak berlagak pandai ke.. nak perasan ala2 bertauliah ke... tapi.. berdasarkan ceramah2 dan pembacaan dan kajian aku... apa yang aku dapat kongsikan dgn korang dalam perkara di atas ialah...


(1) Jangan suruh suami, tapi ajak suami. 
dua perkara yang nampak mcm hampir sama, tapi sebenarnya byk bezanya. wanita kan lembut orgnya... gunakan kelembutan kita untuk ajak suami.. insya-Allah,komfem cair. ;p


(2) Lelaki ego!
kan? diorg takkan immediately ikut apa yg kita sarankan.. even sometimes it seems very hard for them to  agree with us. so, gunakan skill bebelan kita.. talk talk and talk. just luahkan apa ilmu yg kita nak share... then, just wait and see... for a few days or weeks or months. kalau tiada perubahan, repeat step one. hehe.

if ada perubahan, wpun sedikit, puji suami. tapi jgn pulak selitkan ayat2 perli..."ha kan betul I cakap.. dulu u taknak dengar". big NO. toksah nak tunjuk terer. yg penting, mission accomplished he's getting there.


(3) Relate dgn perkara yg dia suka
example from prof muhaya.. "abg, jom solat sama... lepas tu syg buat teh tarik nak?"
as easy as ABC. hehe!


(4) Audit diri
"Audit diri setiap masa, perbaiki diri... sehingga tiada masa untuk nampak kesalahan/kekurangan org lain" -prof muhaya.
Isteri mungkin rasa dia lebih baik dr suami sbb selalu solat lebih awal dr suami. tapi, komfem ke solat kita lebih khusyuk dr dia? kalau kita lebih byk sedekah dr suami, komfem ke kita lebih ikhlas dr dia? who are we to judge? 
nak peningkan kepala...sibuk nak betulkan suami... buat apa?
perbaiki diri.. jadi teladan/contoh yg baik utk diikuti.
insya-Allah, suami akan nampak.. dan sedar sendiri.


(5) Last resort
Kalau dh teruk sgt... suami tak solat... hisap rokok.. judi etc..
kita dh tegur, tapi tak jalan...
tenangkan hati dan serah pd Allah.
ingatlah...
Para rasul diutuskan sebagai penyampai, tetapi mereka tidak mampu mengubah seseorang. Hidayah itu hanya dari Allah.


semoga dapat memberi manfaat.
yang mana korang rasa logik,boleh la dijadikan panduan... semuaNya dari Allah.
yang mana korang rasa mengarut, minta maaf... anggap la tu sume karoot komedia aku..

aku hanya penyampai.
kalau ada nak tambah/komen.. silakan..
sy pun budak baru belajar..

wallahua'lam.


Tuesday, 25 September 2012

LASIK Part3

Scribbled by fmz on 9/25/2012 10:04:00 am 0 comments
dh ada part2, kena la sambung part3...

monday the 16th... this is the day.. whoaaaa excitednye.

appointment was set at 9am. we arrived PrinceCourt arnd 830am++. go straight to the payment counter to settle the balance. agak terkejut bila cashier tu bgtau yg aku lebey kurang org ke8 yg bayar for LASIK. baru kul 8lebih kot...

ID-ed

 next step is bawak resit bayaran pegi LASIK centre...register... and get LASIK done. and of course have to wait and wait and wait... regardless of ur appointment, u still kena queue. still first come first serve basis. *sigh* kami dah x senang duduk, sbb husband got another appointment at 12pm at DEMC regarding his medical check-up last friday. ingatkan, if operation at 9, sempat la nk pegi DEMC after that.

hubby insisted of taking last pic of me with specs ;p

husband tried to talk to the nurse in charge. then we wait and wait. finally i got called in. potong queue. well, not really la kan. mmg dh turn aku pukul 9. masa masuk tu pun dh spuloh lebih.

dlm waiting room. diorg pakai kan robe and... ermmm.. shower cap. haha! rupanya dlm ni ada lg manusia waiting. perghhh pkul bape la agaknye depa sampai PrinceCourt. tido cni agaknye. ;p  sejuk sgt bilik tu. bosan xtau nak buat ape. sembang2 la jugak dgn patient2 lain. ada yg lg jauh rupanya.. dr Kuala Lipis... ala... kampung Dato CT tu...

lawak seh

been told that Prof Muhaya that morning buat operation katarak, arnd 11am dia akan naik for LASIK.

sambil tu, nurse terangkan kat aku tentang procedure LASIK. first machine blablabla. tengok lampu hijau. second machine blablabla. jgn kelip. blablabla. daripada bebelan dia tu, aku dpt satu conclusion, which is... tengok lampu hijau tanpa kelip. as simple as that.. tapi nervous gile uoollllssssssss!!!

after that wait some more.

then Prof Muhaya sampai...

first guy was called.

adoi makin nervous nih...

then nurse yg in charge tu mintak permission from the other two ladies on my behalf utk let me go first.. nasib baik akak2 tu izinkan. semoga Allah permudahkan urusan mereka, kerana memudahkan urusan aku hari tu.

nurse bwk aku tgu kat luar bilik operation... with transparent door...
of course aku nampak Prof operate mata mamat tadi...

hubs was also allowed in to accompany me.

daku. sudah. tak. jejak. di. bumi. nyata.

N E R V O U S  ! ! ! ! !

while waiting, sbb nervous, siap mintak maaf ngan husband...
macam nak bersalin gayanye...
huhu.


p/s : tudung awning sgt tak sesuai utk LASIK screening and operation ye. better pakai tudung bawal or even better tudung syria yg melekap kat kepala tu. i guess u all know why.

Monday, 24 September 2012

LASIK Part2

Scribbled by fmz on 9/24/2012 01:00:00 am 0 comments
post LASIK screening.
hubs kutuk aku pakai spec... muka mcm makcik.
xpe xpe.. kasi can la.
2 3 ari je lagi.
:)

Sunday, 23 September 2012

Musim haji..

Scribbled by fmz on 9/23/2012 03:30:00 pm 0 comments
Jemaah haji 1433H dah mula berangkat sejak 1 Zulkaedah hari tu. Tahniah kepada mereka yang terpilih untuk menjadi tetamu rumah Allah tahun ini.



Sedikit info tentang TIGA cara mengerjakan ibadah haji. Credits to BeritaHarian.


*   *   *   *


Ibadat haji dilakukan dalam tiga kaedah, sama ada haji tamatuk, ifrad atau qiran. Bagi kebanyakan jemaah haji yang tiba lebih awal termasuk dari Malaysia, mereka biasanya mengerjakan haji tamatuk. 

Haji tamatuk 

Mengerjakan haji tamatuk ialah mengerjakan umrah terlebih dulu dalam bulan haji sebelum mengerjakan haji. Mereka berihram umrah dan haji (dua kali) secara berasingan. 

Mula-mula berniat ihram umrah di miqat yang ditetapkan dalam perjalanan ke Makkah. Selesai mengerjakan umrah mereka bertahallul. 

Apabila tiba tarikh mengerjakan haji iaitu dimulai dengan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, mereka berihram sekali lagi iaitu ihram haji dari tempat tinggalnya di Makkah. Seterusnya ditunaikan ibadat haji hingga selesai. Kaedah tamatuk dikatakan lebih afdal daripada haji qiran. 

Mereka yang mengerjakan haji tamatuk dikenakan dam iaitu menyembelih seekor kambing. Jika tidak mampu, wajib berpuasa sepuluh hari, iaitu tiga hari dalam masa haji di Makkah dan tujuh hari lagi selepas pulang ke kampung. 

Sebab dikenakan dam atau denda kerana mereka membebaskan diri dari ihram dan larangan apabila masuk ke Makkah hingga tiba waktu berangkat ke Arafah. 


Haji ifrad 

Haji ifrad ialah mendahulukan ibadat haji daripada umrah dengan niat ihramnya berasingan. Inilah pekerjaan haji yang paling afdal daripada kaedah tamatuk dan qiran serta tidak dikenakan dam. Biasanya ia dikerjakan jemaah haji yang lewat tiba di Makkah iaitu beberapa hari sebelum wukuf pada 9 Zulhijjah. 

Anda berniat ihram mengerjakan haji di miqatnya iaitu di tempat yang ditentukan dalam perjalanan dari tanah air menuju ke Makkah. Apabila tiba di Makkah hendaklah menyempurnakan tawaf qudum (tawaf sunat) dan saei (rukun haji). 

Selepas itu ke Arafah untuk wukuf pada 9 Zulhijjah dan mengerjakan lain-lain tugas haji kecuali saei kerana memadai dengan saei yang dikerjakan selepas tawaf qudum ketika baru tiba di Makkah. 

Selepas selesai mengerjakan ibadat haji termasuk bertahallul, ia keluar ke tanah haram seperti Ji'ranah atau Tana'im, lalu berniat ihram mengerjakan umrah pula. Seterusnya menyempurnakan rukun umrahnya iaitu tawaf, sa'ei dan bercukur. 

Haji qiran 

Haji kaedah qiran ialah menggabungkan antara ibadat haji dan umrah, iaitu mengerjakan keduanya serentak. Mereka berniat ihram di miqatnya dengan niat untuk berihram haji dan umrah sekali gus. 

Rukun tawaf dan sa'ei diwajibkan sekali saja untuk haji dan umrah dalam kaedah haji qiran ini. Kebanyakan mereka yang mengerjakan haji qiran ialah mereka yang lewat tiba di Makkah, iaitu beberapa hari sebelum wukuf atau mereka yang tidak mempunyai masa yang lama di Makkah. 

Demikian juga orang perempuan yang datang haid atau orang sakit yang sedang berihram umrah, tiba-tiba sampai tarikhnya untuk berangkat wukuf di Arafah. Ketika ini mereka boleh menambah niat ihram umrahnya dengan berniat ihram haji sekali gus. Jadilah haji qiran. 

Mereka yang mengerjakan haji qiran dikenakan dam atau denda iaitu menyembelih seekor kambing. Jika tidak mampu wajib berpuasa sepuluh hari; iaitu tiga hari dalam masa haji di Makkah dan tujuh hari lagi selepas pulang ke kampung halaman.

*   *   *   *

Saturday, 22 September 2012

13 Perkara Yang Wanita Islam Perlu Jaga

Scribbled by fmz on 9/22/2012 11:07:00 am 0 comments

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Credits to rindok.com

Friday, 21 September 2012

Renungan di pagi Jumaat

Scribbled by fmz on 9/21/2012 10:32:00 am 0 comments
Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : 

Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang... 

(1) umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan
(2) ilmunya untuk apakah ia gunakan
(3) harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan
(4) tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?

Hadith Riwayat Al-Tirmizi

Thursday, 20 September 2012

gilak

Scribbled by fmz on 9/20/2012 01:02:00 pm 0 comments

thinking of changing my project's topic. 
i dont know, it just came across my mind abt half an hour ago.
then, i went auto-pilot : open my mailbox, write to prof and send.

keje gile.

but somehow, it feels soooo right. 
i'm much relieved now.

just now. not now.
now i keep imagining what my prof's reply would be.

#1
oh good. i also couldnt stop from thinking abt your project since yesterday. i was going to ask u to do a different topic, but you were so determined yesterday. so i didnt say a word. now, after reading ur email... i'm so relieved, that actually your idea is exactly the same like mine. this is the topic that i wanted u to do.so, proceed with it. u are going in a better direction.

mimpi lah...


#2
i bet tomorrow you will want to change the topic again. dont waste my time!! stick to that topic, idiot!!

erkkkk...


#2
this lady is crazy. i quit from supervising her.
*no reply*

i die...





as for now, mari balik tenangkan hati.
goodbye UM.


LASIK Part1

Scribbled by fmz on 9/20/2012 10:48:00 am 2 comments
kesinambungan dari sini.

intro: LASIK is abbr. of Laser Insitu Keratomileusis. in Prince Court they use Bladeless Femtosecond VisuMax by CARL ZEISS MEDITEC (of course, i copy paste this from their website). 

it's bladeless, hence, can be considered as no risk, insya-Allah. learnt from my lecturer in first sem, that LASIK using blade has 30% risk of failure/injuries/contamination etc. seriously 30%??? it's our eyes we are talking about. irreplaceble. no wonder it's quite cheap.

i'm quite confident with this new technology, so... decided to go for it.

beberapa minggu after habis exams semester2, aku call PrinceCourt Eye&Lasik Centre for appointment. cita2 tinggi konon, dah siap2 mintak husband ambik cuti that friday, sebelum set appointment. ingat senang? rupanya next free slot ialah sebulan after that. amekaw!! then, aku pun slow talk la blablabla.. nak puasa.. duduk jauh blablabla. lebih kurang 10mins, nurse tu call balik, boleh slot in kan appointment in 2 weeks time, sbb ada org cancel. alhamdulillah. 

fuhhh x sangka ramai yg buat Lasik ni.


ID hospital yg mcm hotel

registration counter

got my ID

proceed for the screening

so, on friday the 13th ;p of July, went for Lasik screening. this process took abt 5hrs. tapi, campur tolak the waitings.. kira one day process gak la. nurse2 tu akan check mata kita.. check power, check saraf, check retina, check itu check ini... switch from machine ini.. and then machine itu.. yg canggih manggih semuanya. aku just follow the instructions.. which were.. 

"letak dagu kat sini ye..."
"bukak mata besar2... dan tahan... tahan... tahan... ok dah" (can still remember the voice)




and then see Mr Yap.. buat test mata yg manual tu. ala, yang pakai spec besar tu. pastu dia akan tanye..

"yg mana lg clear, yg ni ke yang ni?" (which slalunye aku akan reply.. "ermmm lagi skali"..mintak dia cabut lens balik, n insert lg skali.)

and then, nurse akan titiskan 2 types of ubat mata. they said untuk numbkan saraf mata.

after ubat tu effective, mata mmg blur. no matter how hard we try to focus, it wont focus. 

pastu repeat the Mr Yap process again. this time x lama sgt mcm 1st process td. Thank God.

it will take a while untuk mata kita be back to normal, so, kalau nak dtg Lasik screening, bawa companion a.k.a driver ye, since we wont be able to drive after that. 

last but not least, lepas sume checking mecking dh siap... result dh dicompile... the specialist/doctor will analyse, do a final checking and conclude whether mata kita suitable for Lasik or not.

masa call clinic for appointment, they will ask for the doctor u prefer, Dr Tan or...

..in my case, of course, i chose my idol, Prof Dr Muhaya Hj Mohamad. *grin*

idola saya

so, she did the final examination.. approved for Lasik. she will also decide the Lasik type, normal or blended vision. usually, patient aged from 18 to 35 will undergo the normal Lasik operation (utk rabun jauh shj). where else, for blended vision Lasik, both rabun jauh and rabun dekat will be cured. or something like that.. hehe!

blended vision Lasik cost Rm1000 more than the normal one. 

for the screening u need to pay abt RM600++ from the total cost.the rest of the payment can be made on the day of ur operation, prior to the process. btw, the total cost includes the screening, operation, medications and one post-Lasik check. 

then we set the operation to be on... the next Monday. 

wah, so soon... ;p



p/s: been smiling for the whole day and the weekend after. not sure because of Lasik or because i finally met my idol. who cares.


p/s: was alone throughout the whole process, since hubby went for medical check up at DEMC (Benefit for Proton staff). buat ape pun dia buang masa tgu aku lelama kat situ kan. sambil menyelam minum ayaq.

Wednesday, 19 September 2012

*malu*

Scribbled by fmz on 9/19/2012 11:57:00 pm 0 comments
embarassing moments with prof S..

#1 
*knock knock*
Me : Assalamualaikum prof
Prof : Alaikumussalam. come in come in. how are you?
Me : Fine. fine. and you?
Prof : good good.
Me : How's Sydney?
*silence*
Prof : I was in Sweden.

dang!!!! Pfffttttt. mane dtg sydney plak ni. sindrom terlalu nervous nih.
moral of the story..xyah la nak peramah sgt..

#2
kat gigi ada cili.
need I say more? *&$#@$%&%(*&$*^
moral of the story... sebelum appointment, korek gigi dulu.


#wiwtot (what i wore the other day)

Scribbled by fmz on 9/19/2012 02:45:00 pm 2 comments

tudung :  not Arzu 
blouse :  not Emilio Pucci
pants : not Zara
bag : not Hermes
brooch : not Chanel



jgn terasa.
k bai!

Tuesday, 18 September 2012

degil

Scribbled by fmz on 9/18/2012 09:30:00 pm 0 comments
senior/colleagues dah warn aku awal2 yg prof S ni sibuk orgnye. susah nak jumpa dia. apatah lg nk support dlm research project kita.

degil jugak.

since awal bulan prof S outstation. dia sibuk attend conference. give lectures. dgn tugas sbg dean faculty. email pun tak berbalas.

amekaw, jgn kata org tak warning.

so skang pepandai ko la farr. cari bahan sendiri. buat hal sendiri. harap2 dia approve, kalau tak sia2 aje usaha ko.

adoi terbuku je masalah ni dlm hati. nak cite kat org, sape la ade masa nk dgr. org lain pun ada masalah sendiri. sudahnye... luah dlm blog je le. xde org baca pun xpe, asalkan boleh release sket dr system.

aduyai, apsal la prof S offer aku project under dia in the first place...

astaghfirullahalazim...

bile la ko nak belajar jd org yg bersyukur *tampar pipi sendiri*

*   *   *   *

updated.
whoaaaaa he replied my email.
gonna meet him this afternoon.
yay!
alhamdulillah.



UZAR - Panduan Hubungan Lelaki Wanita

Scribbled by fmz on 9/18/2012 01:30:00 pm 0 comments

Monday, 17 September 2012

spent 9hrs+ daily in this environment

Scribbled by fmz on 9/17/2012 04:45:00 pm 0 comments
pengalaman yang amat berharga.
alhamdulillah.
thank you Proton.

beautiful pelamin...

Scribbled by fmz on 9/17/2012 08:14:00 am 0 comments

wait! statue apakah kat depan tu?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, 16 September 2012

satu transformasi, janji ditepati

Scribbled by fmz on 9/16/2012 12:10:00 pm 4 comments
amekaw. berbaur politik entry kali ni.

atas sebab2 yg munasabah & alasan yg kukuh..
dan setelah dibincang2 dan dikira2..
and of course, after longgggggggg overdue..
aku buat keputusan utk transform..

dari..



ke..



;)

Saturday, 15 September 2012

tutorial

Scribbled by fmz on 9/15/2012 01:00:00 pm 0 comments
on how to ride Jusco kiddie car..

#1 step in as usual

#2 climb to the back side of the car.
sit in front is soooo last year. 

#3 now u can choose either to sit like this...

or like this.
of course, bersila lagi cool!

Friday, 14 September 2012

apa beza kawan aku ni, dulu dan skarang?

Scribbled by fmz on 9/14/2012 11:05:00 am 0 comments
april 2012

sept 2012
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
she had a nose job.
ok, feel free to scroll back up ;p

Thursday, 13 September 2012

yes... i teach my daughter how to pose!

Scribbled by fmz on 9/13/2012 11:35:00 am 0 comments
this was taken during our raya gila2 photoshoot.

notice alya's facial expression?
ala2 suka tapi blur gitu kan?
of course la, sbb ni first time she's exposed to this kind of pose.
sebelum ni asyik 'peace' aje.
so... one day...
masa tgk lepak2 bermalasan atas katil..
i decided to teach her how to do the catwoman pose.

first attempt...
gaya ape tu anak oi!

better.
nanti kita practice lg ye.






tu xde keje namanye.

drama je lebih..

Scribbled by fmz on 9/13/2012 11:27:00 am 0 comments
memang pun. naik public transport pun nak kecoh.

drift keta husband pi bus station, pastu parking penuh, kena park jauh depan umah ahso mane ntah... pun nak kecoh.

naik LRT pun nak kecoh


naik train intercity KTM pun nak kecoh.
train delay sejam stgh pun nak kecoh.


the aftermath.
kecoh je lebih.


k bai!
 

laughter and tears Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei