well, kami bercuti kat PD je pun. bukan la kat paris mcm sesetgh org. bukan juga tour europe. so, agak melampau2 jugak bila story psl holiday dalam 3 entry.
tapi ada aku kisah? ;p
PD ni actually favourite place suami aku. aku pun secara tak langsung, secretly, terfollow taste nya. kaklong aku penah claim yang dia tak suka PD sbb takde tempat2 menarik except beaches shj. i agree. totally agree. tapi memang dh jadi tebiat kami, kalau pi bercuti mana2, aktiviti harian hanya mandi laut, tengok laut, lepak tepi pantai.. dan segala2 nya tentang pantai. baru2 ni je ada aktiviti tambahan yang sgt dominating iaitu mandi swimming pool. anything for you alya..
so, kami tak kisah sgt kalau takde taman rama2 ke, taman bunga ke, zoo ke atau shopping malls kat area percutian. sbb mmg confirm kami tak layan. hehe.
but, PD had its own disappointment for us earlier. last time pegi PD, kitorang struggled cari tempat makan. be it lunch or dinner. kdg2 sampai 2 3 kali pusing tempat yang sama. mmg ada jumpa restoran, tapi tak memikat kalbu. tgh holiday la katakan... holiday is the perfect and only time utk jadi sedikit mengada memilih.. ;p kami pernah end up lunch kat gerai kecik cenonet tepi jalan otw to teluk kemang. penah juga lunch kt sate hj samuri kat medan ape ntah tu. penah juga lunch kat deretan kedai depan bayu beach tu. sbb dh fedup mencari dan akhirnya surrender sbb sgt lapar.
jarang sgt la kami makan kat hotel, sbb rasa mknnnya overpriced. rasa pun dh dpt agak mcm mane. plain dan not worth dgn apa yg kita byr.
btw, kali ni kami bernasib baik. we found a perfect place to eat. thx to majlis perbandaran PD for Medan Ikan bakar MPPD.
2 kali kami dinner kat sini. sempat try siakap bakar, kerapu bakar, udang kunyit, udang goreng tepung. kerang bakar. we both agreed yg sos ikan bakar dia mmg sedap. puas hati berhabisan kat sini. harga mmg agak mahal, compared to kedai2 biasa kat tempat lain. tapi, as i said earlier, kan tgh holiday... hehe. yg penting sedap..
medan ni terletak agak jauh dr hotel kami. dlm nearly 20km. tapi berbaloi drive jauh2.
now we have another good reason to go to PD again ;p
p/s : beberapa hari lepas holiday, tekak still teringin ikan bakar. layan pulak ikan bakar @ rakyat tomyam, tg malim. sedap juga. harga separuh dr kat PD. hehe ;p
p/s : dh habis dh cerita holiday i. lega la korang ye~



0 comments:
Post a Comment